menu

Wednesday, 26 August 2015

RASA SELAMAT BILA MEUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Tudung hanyalah kain menutup diri, tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Ilahi.
Apabila Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita.
Diarahkan Menutup Aurat Kerana Allah Sayang!
Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya.
Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan.
Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.
Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.
Begitulah rahsia Allah SWT yang Maha Penyayang apabila Dia menyuruh atau melarang sesuatu, manfaatnya pasti ada walaupun kadangkala tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia.
Percayalah, Allah lebih kasih akan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.
Percayalah, Allah Lebih Tahu Apa Yang Lebih Baik Untuk Kita
Apabila seorang ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukakan sesuatu yang boleh membahayakan.
Walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak.
Anak yang sedang merangkak ke tepi tangga akan ditarik oleh ibunya.
Dia akan menangis jika dihalang.. mengapa?
Fikiran anak tidak boleh menjangkau kebimbangan ibunya.
Anak hanya tahu bermain, tanpa mengetahui dan menyedari bahaya berbanding ibunya.
Begitu juga dengan larangan mendedahkan aurat, pasti ada kebaikannya.
Orang yang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang hukum daripada Allah sama ada yang wajib atau yang haram melainkan dengan berkata, “Kami taat dan kami patuh.”
Justeru itu, jika kita mengaku kita beriman, akurlah kepada setiap perintah Allah SWT itu. Dia inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat hamba-hambaNya.
Namun begitu, mengapa ada wanita terus mendedahkan aurat?
Belum tiba masanya lagikah untuk mereka merasakan kasih sayang Allah dengan perintah menutup aurat?
Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk  mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.
.
Memakai Tudung Seperti Memakai Topi Keledar?
Secara mudahnya, menutup aurat bolehlah diibaratkan seperti memakai topi keledar.
Topi keledar sangat berkaitan dengan keselamatan nyawa, manakala menutup aurat berkait dengan keselamatan agama dan maruah.
Kedua-duanya ialah perkara yang sangat penting dalam Islam kerana melibatkan nyawa, agama dan maruah.
Baiklah, jika perbandingan (metafora) ini boleh diterima cuba renungkan bukankah ada kalanya topi keledar tidak dapat menyelamatkan nyawa si pemakainya?
Contoh:
Pelumba haram, pemandu laju dan cuai, semuanya memakai topi keledar. Namun seperti yang dikatakan tadi, sekadar bertopi keledar masih belum menjamin keselamatan nyawa.
Sebenarnya masih ada faktor-faktor lain yang lebih penting daripada sekadar memakai topi keledar untuk menyelamatkan nyawa apabila memandu atau membonceng motosikal.
Antaranya adalah dengan memandu secara berhati-hati, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak mengantuk atau tidak memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.
Sekiranya peraturan ini dilanggar, tidak kira sebesar atau sekeras mana sekalipun topi keledar itu, pasti tidak akan menyelamatkan pemakainya.
Begitu juga halnya dengan tudung.
Hendak menjaga maruah dan akhlak tidak cukup dengan bertudung sahaja. Ada lagi perkara-perkara lain yang lebih penting.
Umpamanya, menjaga tingkahlaku, berhati-hati dalam tutur kata, mengawal pandangan mata dan membatasi pergaulan.
Selain itu, masa dan tempat wanita itu berada juga perlu dititikberatkan. Misalnya, jangan keluar seorang diri di tempat-tempat yang sunyi, mengaibkan dan mendedahkan diri kepada pencerobohan.
.
Apakah Jenis Tudung yang mencapai Piawaian?
Satu lagi yang menarik tentang topi keledar dan tudung ialah topi keledar mempunyai bermacam-macam jenis, dan tudung juga begitu.
Ada pelbagai jenis fesyen tudung. Ada yang kontot, labuh, tebal dan jarang. Warnanya juga pelbagai.
Seperti topi keledar yang mempunyai piawaianya, tudung pun begitu juga. Apakah jenis tudung yang mencapai piawaiannya?
Ya, yang mencapai tujuan semestinya yang menutup aurat! Seperti topi keledar, tujuannya melindungi kepala.
Sayangnya, kadangkala ada topi keledar gayanya sahaja yang lebih, tetapi bahan buatannya rapuh. Terhantuk sedikit, berkecai kepala.
Yang malangnya, ada pula topi keledar yang sudah baik, tetapi cara pemakaiannya pula tidak tepat, talinya dibiar longgar, main disarungkan sahaja.
Ini pun satu masalah juga. Kalau berlanggar, padah juga akibatnya.
Maka begitu jugalah wanita yang bertudung, kadangkala hanya sangkut pada jambul rambut manakala leher dan dada dibiarkan terdedah.
Ini bertudung, bukan menutup aurat.
Jesteru, ditegaskan sekali lagi bahawa memakai tudung dan menutup aurat ini dua perkara yang berbeza. Ramai yang bertudung, tetapi tidak menutup aurat.
Menutup aurat ada niatnya, ada konsepnya da nada falsafahnya yang khusus. Bertudung dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk menegakkan akhlak.
Tetapi jika sekadar memakai tudung sahaja – niat, falsafah dan tujuannya tentulah lain dan kesannya juga tentu lain.
Mungkin niatnya hendak glamour, cantik, bergaya atau menutup kekurangan pada muka dan rambut. Jesteru tidak hairan jika kini tudung telah dieksploitasi untuk ‘mendedahkan’ kecantikan diri sehingga terbabas melepasi batas-batas syariat.

No comments:

Post a Comment